Saturday, May 16, 2009

Sejarah Sekolah

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kea Farm yang dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Rendah Green Cow (1946). Pada masa itu, Encik He Da Quan, Encik Chen San Yang, Encik Huang Qi Long, Encik Feng Yun Chao dan Encik Zhang Zhong Pei telah menubuhkan Sekolah Rendah Green Cow. Pada masa itu, bilik darjah hanya berdinding papan sahaja. Terdapat 22 orang murid, 3 orang guru dan seorang Guru Besar. Guru Besar pada masa itu ialah Encik Zhang.

Pada 15 Jun 1948, kerajaan British telah mengisytiharkan “darurat” di Tanah Melayu. Dengan itu, Sekolah Rendah Green Cow terpaksa ditutup.

Pada tahun 1950, Sir Harold Briggs telah melancarkan rancangan untuk membanteraskan komunis dengan memperkenalkan konsep “Kampung Baru”. Kampung baru telah dibina untuk menempatkan orang-orang Cina pada masa itu. “Kea Farm New Village” merupakan salah satu kampung baru yang dibina berdasarkan pelancaran rancangan tersebut.

Pada masa itu, orang Cina yang tinggal di “Kea Farm New Village” telah membina sebuah Sekolah Rendah Cina dengan menggunakan papan sahaja. Masa itu hanya terdapat 34 orang murid dan 4 orang guru termasuk Guru Gesar iaitu Encik Huang Qi Long dan kemudian diganti oleh Encik Feng Yun Chao selepas satu tahun.

Pada tahun 1952, Sekolah Rendah Cina telah menerima bantuan daripada kerajaan dan nama ditukar menjadi SJK(C) Kea Farm.

Pada tahun 1969, SJK(C) Kea Farm mendapat bantuan kewangan sebanyak RM75,000 daripada pihak kerajaan. Dengan peruntukan wang itu, sekolah ini mendirikan bangunan dua tingkat yang mempunyai 3 bilik darjah, dewan, pejabat, bilik stor, bilik Guru Besar dan asrama guru.

Pada tahun 1976, pancaragam sekolah ditubuhkan. Pancaragam sekolah telah dijemput membuat persembahan pada Hari Sukan, pelbagai jenis pertandingan dan lain-lain acara sukan.

Pada tahun 1979, bilangan murid mencapai 72 orang. Pada suatu masa ketika, SJK(C) Kea Farm pernah mencapai keputusan yang terbaik antara sekolah-sekolah rendah di seluruh negeri Pahang.

No comments:

Post a Comment